Sunday, May 25, 2008

Penampar Ustaz


Kisahnya bermula apabila datangnya seorang pelajar yang dipercayai telah murtad, untuk bertemu dengan seorang Imam. Tujuannya tidak lain dan tidak bukan, untuk berbincang dan sekaligus mempertikaikan agama Islam yang dahulu pernah dimilikinya. Antara butir-butir dialognya:
Pelajar: Apa buktinya tuhan itu wujud?? Kalau benar tunjukkan di mana tuhan…..
…Imam tadi mendiamkan diri. Pelajar itu bertanya lagi;
Pelajar: Aku tidak percaya kepada takdir. Bagi aku, jika aku berusaha kuat, aku akan mendapat apa yang aku hajati. Tak mungkin takdir itu wujud.
……Imam tadi masih lagi mendiamkan diri. Pelajar itu bertanya lagi;
Pelajar: Aku tidak rasa tuhan itu adil. Kerana Dia menjadikan syaitan dari api, dan kemudian apabila hari akhirat, Dia akan menghumban syaitan itu ke dalam api neraka. Jika api bertemu api, mana mungkin ada rasanya. Syaitan tidak mungkin akan terseksa dalam keadaan itu.
……Imam tadi masih lagi mendiamkan diri. Pelajar itu berkata:
Pelajar: Nah!! Sekarang sudah terbukti yang apa yang aku cakapkan adalah betul belaka. Aku mahukan penjelasan….

TIBA-TIBA…. PANGGGG!!!!!!! Satu penampar yang keras hinggap di pipi pelajar itu. Pelajar itu berasa amat hairan dan marah.

Pelajar: Aku mahukan penjelasan, tetapi ini yang aku terima. Adakah ini dikatakan Islam itu berlemah-lembut.
Imam tadi dengan bersahaja, lalu berkata;
Imam: Itulah jawapan kepada ketiga-tiga soalan kamu tadi…
Pelajar itu berasa hairan…. Imam tadi meneruskan hujahnya;
Imam: Adakah sakit penampar yang kamu terima tadi??
Pelajar: Sudah tentu!!!
Imam: Aku tidak percaya. Kalau benar, kamu keluarkan dan tunjukkanlah rasa sakit itu kepadaku.
Pelajar: Mana mungkin aku boleh berbuat begitu.
Imam: Jadi, begitulah juga dengan Tuhan. Tuhan itu wujud dan kita merasakan kewujudan Tuhan, tetapi kita tidak boleh menunjukkan dimana Tuhan berada.
Pelajar itu terdiam…..
Imam: Adakah kamu tahu yang aku akan menampar kamu tadi??
Pelajar: Mana mungkin aku tahu perkara yang belum terjadi.
Imam: Jadi, begitu jugalah dengan takdir. Takdir masa depan akan berlaku dan kita tidak mungkin mengetahui takdir kita. Tetapi dengan usaha kita boleh mengubah takdir kita dengan izin Allah SWT.
Pelajar itu terdiam lagi…..
Imam: Apakah yang ada di dalam tangan kamu?
Pelajar: Tulang, daging, dan kulit.
Imam: Di pipi kamu?
Pelajar: Sama. Tulang, daging, dan kulit.
Imam: Jadi, masih sakit penampar ku tadi, walaupun kedua-duanya dari unsur yang sama??
Pelajar itu terdiam….
Imam: Jadi, begitulah juga yang akan berlaku pada syaitan apabila akhirat kelak. Walaupun syaitan dijadikan daripada api, dan api neraka itu juga berasal dari api, syaitan tetap akan merasa azab pedihnya. Itulah janji ALLAH SWT….

:::renung-renungkanlah:::

CERITA ASAL OLEH: USTAZ WAN ALI WAN JUSOH

No comments: