Friday, August 7, 2009

Tanda-Tanda Anda Dilamun Cinta


Apakah Perasaan Anda Bila Cinta Anda Ditolak?
Dan Apa Perasaan Bila Cinta Anda Berbalas?

Tanda-tanda ini mesti anda pernah rasa jika anda sedang dilamun cintaaaa.....

1. Anda Suka bertemu denganNya. x sabar rasa nak bertemu. x jumpa sesaat seolah-olah anda jadi x menentu. Persiapan mesti anda buat setiap kali sebelum bertemuNya

2. MendahulukanNya dari yang lain. Dia mengatasi yg lain Walaupun ibu bapa kita. Segala kehendakNya anda utamakan dan turuti serta segala yang dilarangNya anda cepat2 tolak bukan..

3. Gembira bila bersamaNya.. Anda rasa ingin sentiasa bersamanya walaupun dimana anda berada. Susun kata2 indah ketika hendak bertemu. Ayat2 cinta anda luahkan padaNya sebagai pujian ke atasNya.

4. Anda x langsung sedih kehilangan segalanya kerana cinta anda terhadapNya melebihi segalanya. Biarlah semua hilang dan tiada asalkan anda x kehilanganNya.

5. Anda akan merasa nikmat melakukan ketaatan kepada perintah dan suruhanNya.

Cinta yang dimaksudkan ini adalah cinta kepada Illahi... Allah SWT.. Sesungguhnya itulah cinta yang agung. Moga kita juga memperolehi Cinta dariNya.

Kadang2 dalam hidup ini kita perlu korbankan nikmat yang sedikit di dunia ini untuk mendapat nikmat yang besar di Akhirat kelak...

Renung-renungkanlah;

cintakan dunia, tidak kekal lama...
cintakan bunga, akan layu...
cintakan manusia, akan mati...
cintakan ALLAH, KEKAL ABADI...


Sumber: jkskutm