Thursday, March 31, 2011

Wednesday, October 7, 2009

by Skankin

Dalam kubur malaikat akan bertanya: siapa tuhan kamu? Tetapi malaikat tak akan bertanya: apa bangsa kamu? Kuatkan agama hindarkan rasisme.. Tuhan pun marah kalau kita benci membenci bangsa. Sebab manusia adalah ciptaanNya.. Kalau kita membenci kerana… warna kulit, maka kamu sendiri akan membenci ciptaan tuhan.

Friday, August 7, 2009

Tanda-Tanda Anda Dilamun Cinta


Apakah Perasaan Anda Bila Cinta Anda Ditolak?
Dan Apa Perasaan Bila Cinta Anda Berbalas?

Tanda-tanda ini mesti anda pernah rasa jika anda sedang dilamun cintaaaa.....

1. Anda Suka bertemu denganNya. x sabar rasa nak bertemu. x jumpa sesaat seolah-olah anda jadi x menentu. Persiapan mesti anda buat setiap kali sebelum bertemuNya

2. MendahulukanNya dari yang lain. Dia mengatasi yg lain Walaupun ibu bapa kita. Segala kehendakNya anda utamakan dan turuti serta segala yang dilarangNya anda cepat2 tolak bukan..

3. Gembira bila bersamaNya.. Anda rasa ingin sentiasa bersamanya walaupun dimana anda berada. Susun kata2 indah ketika hendak bertemu. Ayat2 cinta anda luahkan padaNya sebagai pujian ke atasNya.

4. Anda x langsung sedih kehilangan segalanya kerana cinta anda terhadapNya melebihi segalanya. Biarlah semua hilang dan tiada asalkan anda x kehilanganNya.

5. Anda akan merasa nikmat melakukan ketaatan kepada perintah dan suruhanNya.

Cinta yang dimaksudkan ini adalah cinta kepada Illahi... Allah SWT.. Sesungguhnya itulah cinta yang agung. Moga kita juga memperolehi Cinta dariNya.

Kadang2 dalam hidup ini kita perlu korbankan nikmat yang sedikit di dunia ini untuk mendapat nikmat yang besar di Akhirat kelak...

Renung-renungkanlah;

cintakan dunia, tidak kekal lama...
cintakan bunga, akan layu...
cintakan manusia, akan mati...
cintakan ALLAH, KEKAL ABADI...


Sumber: jkskutm

Friday, June 19, 2009

~Pengalaman~


Lirik Lagu Selimut Putih

Bila Izrail datang memanggil
Jasad terbujur di pembaringan
( 2X )
Seluruh tubuh akan menggigil
Terbujur badan dan kedinginan
( 2X )

( 2 )
Tak ada lagi gunanya harta
Kawan karib sanak saudara
( 2X )
Jikalau ada amal di dunia
Itulah hanya pembela diri
( 2X )

Janganlah mahu dikenang-kenang
Engkau digelar manusia agung
( 2X )
Sedarlah diri tahu diuntung
Sebelum masa lkerenda diusung
( 2X )

Datang masanya insaflah diri
Selimut putih pembalut badan
( 2X )
Tinggal semua yang dikasihi
Berbaktilah hidup sepanjang zaman
( 2X )

( ulang 2 )

Atiqah Rahman / Orkes Nur El Suraya


ASSALAMUALAIKUM....

Lama dah aku x POST dlm nii.. haha.. bkn apa busy skit... mintak maaf semua.. So, post baru ni lagu.. hehe. knp aku letak lagu?? ok, kalau semua ingt masa sekolah rendah mungkin ada dgr nasyid ni. masa aku sekolah rendah (Sekolah Kebangsaan Sri Selama) memang ada lagu ni. Aku masuk nasyid dulu.. hehe.. so, masa kami training ada sorang budak x dtg lg. nak dijadikan cerita kami buat laa rancangan nak PRANK dia.. haha. kami training kat dalam bilik PIBG agak gelap laa bilik tu. kami tutup lampu & tunggu bdk ni sampai. dia sampai je, ada sorang lagi kunci pintu dari luar, yang lain kat dlm laaa.. bdk tu terkejut gak, kami pun start PRANK. kami nyanyi lagu atas niii... HAHAHAHA.. apa lagi, menangis budak tu.. HAHAHAHA.. tu laa antara pengalaman yg x dpt dilupakan.. walaupun nasyid kalah.. hahaha..


LINK lagu nii----> http://www.youtube.com/watch?v=pM4IwPMaMP0

x ada version lagu sebenar, link ni Akil Hayy, tp sama jeee...

salam..

Wednesday, March 4, 2009

التبرج

Tabarruj, ialah mendedahkan kecantikan rupa paras, samada kecantikan itu di
bahagian muka atau di anggota-anggota badan yang lain. Al-Bukhari RahmatuLlahi
‘Alaihi ada berkata: “Tabarruj, iaitu seseorang wanita yang memperlihatkan
kecantikan rupa parasnya.”

Untuk menjaga masyarakat dari bahaya pendedahan ‘aurat dan di samping
menjaga kehormatan wanita dari sebarang pencerobohan, maka dengan yang
demikian Allah melarang setiap wanita yang telah berakal lagi baligh dari
bermake-up (tabarruj).

Maka dengarlah wahai belia-beliawanis Islam semua, segala suruhan Allah
s.w.t andainya anda semua beriman denganNya, Allah telah berfirman dalam al-
Quran melalui surah al-Nur, ayat 31 yang bermaksud:

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan
pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka
menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan
hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan jangan
menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka
atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami
mereka, atau saudara-saudara mereka, putera-putera lelaki mereka, atau puteraputera
saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak
yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai
keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang ‘aurat
wanita. Dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan
apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka. Dan bertaubatlah kamu sekalian
kepada Allah hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.”

Ketahuilah bahawa kain tudung yang dimaksudkan Allah dan dalam
firmanNya yang bermaksud:
 “Hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke
dadanya”(al-Nur: 31)

bukanlah terhenti di bahagian kepala sahaja, malahan
menutupi bayangan mutiara yang tersisip di dada juga disuruh. Sesiapa yang
mendedahkan bahagian kepala atau bahagian dadanya, maka sudah jelas, ia
bukan dari seorang yang menghormati suruhan Allah s.w.t. Akibat dari kecuaian
dan kelalaian tersebut sudah pasti seseorang itu menerima azab yang pedih di hari
akhirat kelak.

Awas! Wahai golongan wanita, Allah telah berfirman yang bermaksud:

“Janganlah menampakkan perhiasan”(al-Nur: 31). 

Dengan ini jelas bahawa sebarang corak perhiasan di anggota badan atau di 
pakaian, adalah boleh membawa fitnah. Dengan inilah Allah melarang bermake-up. 
Larangan seperti ini hanya sanggup ditaati oleh wanita-wanita yang beriman sahaja kerana takut kepada kemurkaan Allah dan siksaan dariNya.

Pengertian perhiasan bukanlah terhad pada alat-alat solek atau fesyen-fesyen
pakaian sahaja, malahan perhiasan yang paling istemewa adalah terletak pada
tubuh badan seseorang wanita itu. Sekiranya kecantikan rupa paras seperti ini
didedahkan kepada orang lelaki, maka perbuatan demikian juga dinamakan
TABARRUJ!.

Oleh: Ustazah Ni’mat Sidqi (Seorang Ulamak Wanita Mesir-1930M-Terjemahan)

Sunday, May 25, 2008

Penampar Ustaz


Kisahnya bermula apabila datangnya seorang pelajar yang dipercayai telah murtad, untuk bertemu dengan seorang Imam. Tujuannya tidak lain dan tidak bukan, untuk berbincang dan sekaligus mempertikaikan agama Islam yang dahulu pernah dimilikinya. Antara butir-butir dialognya:
Pelajar: Apa buktinya tuhan itu wujud?? Kalau benar tunjukkan di mana tuhan…..
…Imam tadi mendiamkan diri. Pelajar itu bertanya lagi;
Pelajar: Aku tidak percaya kepada takdir. Bagi aku, jika aku berusaha kuat, aku akan mendapat apa yang aku hajati. Tak mungkin takdir itu wujud.
……Imam tadi masih lagi mendiamkan diri. Pelajar itu bertanya lagi;
Pelajar: Aku tidak rasa tuhan itu adil. Kerana Dia menjadikan syaitan dari api, dan kemudian apabila hari akhirat, Dia akan menghumban syaitan itu ke dalam api neraka. Jika api bertemu api, mana mungkin ada rasanya. Syaitan tidak mungkin akan terseksa dalam keadaan itu.
……Imam tadi masih lagi mendiamkan diri. Pelajar itu berkata:
Pelajar: Nah!! Sekarang sudah terbukti yang apa yang aku cakapkan adalah betul belaka. Aku mahukan penjelasan….

TIBA-TIBA…. PANGGGG!!!!!!! Satu penampar yang keras hinggap di pipi pelajar itu. Pelajar itu berasa amat hairan dan marah.

Pelajar: Aku mahukan penjelasan, tetapi ini yang aku terima. Adakah ini dikatakan Islam itu berlemah-lembut.
Imam tadi dengan bersahaja, lalu berkata;
Imam: Itulah jawapan kepada ketiga-tiga soalan kamu tadi…
Pelajar itu berasa hairan…. Imam tadi meneruskan hujahnya;
Imam: Adakah sakit penampar yang kamu terima tadi??
Pelajar: Sudah tentu!!!
Imam: Aku tidak percaya. Kalau benar, kamu keluarkan dan tunjukkanlah rasa sakit itu kepadaku.
Pelajar: Mana mungkin aku boleh berbuat begitu.
Imam: Jadi, begitulah juga dengan Tuhan. Tuhan itu wujud dan kita merasakan kewujudan Tuhan, tetapi kita tidak boleh menunjukkan dimana Tuhan berada.
Pelajar itu terdiam…..
Imam: Adakah kamu tahu yang aku akan menampar kamu tadi??
Pelajar: Mana mungkin aku tahu perkara yang belum terjadi.
Imam: Jadi, begitu jugalah dengan takdir. Takdir masa depan akan berlaku dan kita tidak mungkin mengetahui takdir kita. Tetapi dengan usaha kita boleh mengubah takdir kita dengan izin Allah SWT.
Pelajar itu terdiam lagi…..
Imam: Apakah yang ada di dalam tangan kamu?
Pelajar: Tulang, daging, dan kulit.
Imam: Di pipi kamu?
Pelajar: Sama. Tulang, daging, dan kulit.
Imam: Jadi, masih sakit penampar ku tadi, walaupun kedua-duanya dari unsur yang sama??
Pelajar itu terdiam….
Imam: Jadi, begitulah juga yang akan berlaku pada syaitan apabila akhirat kelak. Walaupun syaitan dijadikan daripada api, dan api neraka itu juga berasal dari api, syaitan tetap akan merasa azab pedihnya. Itulah janji ALLAH SWT….

:::renung-renungkanlah:::

CERITA ASAL OLEH: USTAZ WAN ALI WAN JUSOH